RABITHAH & BAI'AH

 RABITHAH & BAI'AH

[1] *RABITHAH* iailah pertautan iaitu perhubungan dengan guru mursyid yang mendidik dan membentuk perasaan murid untuk bersungguh² menuju kepada Allah dengan karam didalam syariat yang sempurna dengan maksud agama yang sempurna. Kerana ulama adalah pewaris Nabi s.a.w.

Pertautan yang tidak sempurna menatijahkan pegangan agama yang longgar. 

Pertautan itu pula tidak akan sempurna melainkan dengan cinta. Maka orang yang sudah memiliki cinta memang menjadikan dirinya terbayang² apa yang dicintai. Contohnya daripada sunnah Nabi s.a.w. bahawa bertanya kepada saidina haritsah cintanya kepada Allah sehingga beliau terbayang af'al Allah. Sedangkan perkara tersebut belum berlaku.

Oleh kerana itu MAKSUD ahli tasawwuf didalam kitab² mereka berkenaan mengingat Allah itu perlu kepada memandang rabithah atau membayangkan guru *ADALAH* perlu wujud cinta kepada siapa yang Allah wakilkan agama ini agar tersampai kepadanya(murid)

• sahabat, agama ini sampai kepada mereka melalui Nabi maka wajib mencintai nabi supaya pautan beragama jadi sempurna.

• ummat mutaakhirin, agama ini sampai melalui ulama(para sahabat sehingga ke bawah), maka wajib mencintai ulama untuk memahami madzhab/tarekat sehingga sampai kepada Nabi. Kemudian setelah sampai makrifah ummat kepada nabi, maka wajib mencintainya pula supaya sampai kepada Allah.

Maka, rabithah itu mengikat ummat islam daripada jadi longgar beragama. Kerana hanya yg kurang cintanya sahaja akan berani melonggarkan agama. Manakala orang yang benar dalam bercinta itu memang akan terbayang².

Jadi, maksud membayangkan wajah guru adalah mewujudkan cinta kepada guru yang membawa kepada Allah. Bukan  bertuhan kepada guru.

Andaikan semata² kaedah cinta kepada guru itu menjadi syirik, maka nescaya cinta kepada watan juga menjadi syirik, cinta kepada anak² dan isteri juga menjadi syirik bahkan cinta kepada Nabi juga menjadi syirik. Kerana status sekaliannya itu adalah makhluk. Sedangkan ugama mengajurkan kita mencintai agama dan semua yg terkait dengan agama.

Maka, fahamilah bahwa rabithah adalah cinta.

Selepas seseorang murid itu BENAR dalam bercinta barulah layak untuk si murid tadi berbai'ah kepada kekasihnya.

SIDI MURSYID SYEIKH AZIZUL WAHYU
AN-NAQSYABANDI

[2] *BAI'AH* ialah perjanjian untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Bersungguh melawan hawa nafsu dengan pimpinan seorang pewaris Nabi s.a.w. iaitu seorang syeikh(cukup syarat syeikh) yang sudah ditempa oleh guru sebelumnya, mengikut kaedah madzhab tasawwufnya. Inilah yang dipanggil tarekat.

Bai'ah dan janji itu ialah satu nur yang dipasakkan didalam hatinya untuk mempersembahkan kepada Allah akan kesungguhannya, betapa kali ini benar² dia inginkan Allah dan tidak mahu kembali kepada maksiat dan benar² menagih pertolongan untuk menjadi seorang hamba.

JADI, rabithah adalah cinta kepada guru. Manakalah bai'ah adalah *perjanjian dengan sungguh²* menjadi hamba Allah dengan pimpinan guru yang dicintai tadi. Jadilah dia murid yang khas bukan lagi murid yang umum. Bersambunglah namanya dengan nama gurunya sehingga kepada nama Rasulullah s.a.w.

Inilah yang dinamakan warisan yang bertali.

26 August 2022

AZIZUL WAHYU BIN ABD GHANI

Mursyid Zawiyah Naqsyabandiyyah, Puncak Alam.

Bendahari Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia

Ulasan

Catatan Popular