JANGAN PUTUS ASA | JANGAN LEMAH PENDIRIAN
Kita hanya perlu yakin doa kita dimakbulkan
Jangan menilik perbuatan Allah, samada Dia ingin mengabulkan atau tidak.
Kita perlu ingat bahawa kita adalah hamba.
Kesusahan bukan kehinaan.
Setiap yg susah, ada lagi yg lebih susah.
Setiap yg sakit, ada lagi yg lebih sakit.
Kelemahan berpunca dari sifat tidak redha. Maka carilah keredhaan dalam diri kepada Allah.
Kelemahan melarat apabila tidak memiliki diri sendiri.. dan membiarkan syaitan mencorak kefahaman. Maka carilah corakkan agama.
Berkawanlah dengan ulama dan berusaha untuk ke tempat² mereka walaupun susah. Sesungguhnya ilmu itu didatangi kepadanya, bukan dia mendatangi kita.
Ubat segala penyakit adalah sabar dan sedekah.
Nabi mengatakan ubatilah org² sakit diantara kamu dengan sedekah.



Ulasan
Catat Ulasan