Siapakah orang yang bijaksana?
BIJAKSANA
Orang yang bijaksana itu adalah orang yang mampu menarik rambut didalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Bagi si murid, guru adalah orang yang benar. Menuju kebenaran adalah sesuatu yang mewajibkan keperitan. Jadi mengikuti nasihat guru adalah ibarat rambut, manakala tepung adalah ujian yang mendatang.
Jika si murid adalah orang yang kurang kemahirannya, maka dia akan mengikuti nasihat agama dalam masa yang sama, dia akan melukakan orang sekelilingnya. Namun si murid yang berada dimaqam ini akan dapat menyelamatkan orang sekeliling selepas dia sedar maksud sebenar irsyad gurunya suatu hari nanti.
Manakala,
Jika si murid adalah orang yang cukup kemahirannya, maka dia akan mengikuti nasihat agama dan orang disekelilingnya tidak akan cedera dek bijaksananya dia mengawal segala ujian dan segala yg diamanahkan supaya dia pelajari dan dia taati. Dan ini tidak akan terhasil melainkan bagi murid yang bersuhbah secara benar dengan sang guru.
Tetapi,
Ini yang bahaya.
Jika si murid adalah orang yang was². Iaitu Murid yg meminta nasihat kawan². Tidak mengikut adab sebagai murid. Tidak bersuhbah dan mendengar nasihat guru. Maka dia akan rela untuk memutuskan rambut asalkan tepung tidak berselerak. Tiada ubat baginya melainkan selepas dia menghindari 4 perkara :
⚠️ kebodohan
⚠️ kesombongan
⚠️ kekeliruan
⚠️ pendustaan
Hanya boleh diubati pula jika dia mampu menghasilkan 4 perkara :
⚠️ menuntut ilmu
⚠️ merendah diri
⚠️ mendapat irsyad
⚠️ benar dalam beragama
• menuntut ilmu supaya kenal mana yg boleh & yang tidak boleh
• merendahkan diri sekira² jangan mendakwa diri hampir kepada Allah & Allah ada untuk menjaga kita, sedangkan kita lari dari jalan untuk mendapatkan penjagaan Allah
• irsyad supaya mendapat keputusan yang tepat untuk masalah trrsebut
• benar iaitu benar niat untuk menjadi hamba Allah bukan lain daripadanya atau hanya rupanya sahaja seperti penuntut agama tetapi sebenarnya kabur dari matlamat asal



Ulasan
Catat Ulasan