APA YANG MEMELIHARA ILMU, APA YANG MEMBINASAKAN ILMU??

 r


APA YANG MEMELIHARA ILMU, APA YANG MEMBINASAKAN ILMU??
๐Ÿ”‘ Yang memelihara ilmu itu ialah Warak. Dengan warak itulah menjadi tanda seseorang itu teliti dan berpendirian. Orang yang berpendirian itu jadi selamat oleh setiap orang yang berpaut kepadanya. Maka orang yang paling penting dijadikan pautan ialah ulama. Kerana dia yang membawa kaumnya ke jalan Allah. Maka dia perlu terdiri dari ahli warak.
๐Ÿ”‘ Yang membinasakan ilmu itu ialah tamak, iaitu tamak akan kesedapan dunia. Dengan tamakan kesedapan dunia menyebabkan seseorang itu hilang pendirian. Apabila pendirian sudah tiada, maka apa perlunya ilmu, lantaran dia tidak lagi menggunakan ilmu untuk memutuskan sesuatu. Sebaliknya apa sahaja yang dapat menjadikannya hidup senang, nescaya itulah yang menjadi kayu ukur baginya. Dia sudah kehilangan pendirian.. ulama yang hilang pendiriannya tidak selamatlah oleh orang yang berpaut kepadanya.. maka, kerana itulah tamak merosakkan ilmu dan warak memelihara ilmu.
✒ Tauliah,
Apabila penguasa merupakan penguasa yang benar, maka tauliah mengajar itu satu kepentingan. Supaya bukan semua org yang alim boleh mengajar sehingga di ketahui dahulu bahawa dia tidak membawa akidah wahabi, syiah, liberal dan ajaran² yang sesat.





Ulasan

Catatan Popular