PENDIRIAN


PENDIRIAN
KALAM MURSYID
SIDI MURSYID SYEIKH AZIZUL WAHYU 
              AN-NAQSYABANDI

• Pendirian merupakan kurniaan bagi yang bersungguh² hendakkan Tuhannya.
• Pendirian itu adalah amanah Nabi selepas islam
• Pendirian tidak akan berdiri pada sosok diri yang lemah dan bersifat penakut
• Pendirian merupakan tariq ibadah selepas umur menjadi modalnya
• Pendirian itu adalah kota yg tidak terobohkan
• Pendirian itu adalah haibah seseorang berhadap musuhnya
• Pendirian tidak akan wujud pada orang yang jahil agama
• Pendirian tidak akan wujud pada orang yang alim semata
• TETAPI pendirian hanya akan terbit dari hati orang² yg BENAR
• Manakala benar itu pula adalah bancuhan ilmu fekah & ilmu tasawwuf
• Oleh itu, jangan engkau percaya akan dakwaan benar dari orang² yang tidak ada asas agamanya (jahil fekah) atau orang² yang jahil ilmu tasawwuf. Kerana sesalmu setelah kau mengikuti mereka itu tidak akan dapat mengembalikan umurmu yang terbuang
• Alim yang tiada berpendirian itu, percayalah perkataanku, dia akan menjual agamanya


Ulasan

Catatan Popular