Jika kita inginkan Allah nescaya kita akan cari jalannya
SIDI MURSYID SYEIKH AZIZUL WAHYU AN-NAQSYABANDI
8.Jun.2025
SEMBELIH HAIWAN ~ Jika kita inginkan Allah nescaya kita akan cari jalannya. Jika kita inginkan Allah, nescaya Allah pilih kita sebagai orang yg rendah diri untuk menuntut ilmu. Dengan duduk menuntut itu kita akan mengetahui dan merasai.
Jika kita mengetahui sembelih korban itu ialah satu wadah makrifah kepada Allah, akur kepada syariat Allah dan jalan sebagai latihan memisahkan cinta makhluk demi cintakan tuhan. Maka kita akan faham dan rasa bahawa kesedihan berpisah dengan haiwan dan kesedihan melihat haiwan itu disembelih, itu semua adalah kehambaan kita kepada Allah.
Barang siapa yg masih tidak dapat melihat Allah pada ciptaanNya. Maka susahlah baginya menjunjung syariat Allah. Walaupun pada zahirnya dia melakukannya. Kemudian akan timbullah persoalan dan pertanyaan didalam benak hatinya.
Hati itu perlu petunjuk.
Jika hati tidak disuluh, maka segala anggota yg mengamalkan syariat akan luntur sedikit demi sedikit. Akhirnya dia akan meninggalkan syariat.



Ulasan
Catat Ulasan