MANUSIA YANG HEBAT


SIDI MURSYID SYEIKH AZIZUL WAHYU AN-NAQSYABANDI

| PERIHAL SUFI 53 . #perihalsufi 

• Orang yang hebat itu bukan orang dilatih oleh pengalamannya tetapi orang yang dilatih oleh larangan agamanya.

• Orang yang hebat itu bukan orang yang struggle dalam mencapai kehidupannya, tetapi orang yg struggle menggunakan kehidupannya untuk perintah tuhannya.

• Orang yang hebat itu bukan orang yang bersabar atas ujian kehilangan dunianya dan kawan²nya, tetapi orang yg bersabar menggenggam bara api kerana takut hilang agamanya.

Kerana,

berapa banyak istidraj berlaku keatas kejayaan org yang berpengalaman. Namun sebenarnya pengalamannya berjaya dalam menghidupkan larangan agamanya..

Kerana,

Berapa banyak istidraj yang berlaku keatas kejayaan orang yg struggle. Namun sebenarnya dia struggle dalam menjauhi tuhannya.

Kerana,

Berapa banyak istidraj yang berlaku kepada kejayaan orang yg bersabar. Namun sabarnya itu sebenarnya hanyalah kerana cinta kepada dunia yg terhalang. Bukan kerana bimbang agama yg akan hilang.



Ulasan

Catatan Popular